May20
SEARCH dan Art-Is At Work Sdn Bhd dengan ini ingin memaklumkan bahawa tarikh konsert SEARCH Di Awan Biru di Kuala Terengganu yang dijadualkan pada hari Jumaat 22 Mei 2009 telah ditunda kepada hari Jumaat 29 Mei 2009 bertempat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
SEARCH dan Art-Is At Work Sdn Bhd dengan ini ingin memohon maaf di atas perubahan tarikh ini yang berpunca dari beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
May18
Memang berbaloi beb.. Akhirnya SEARCH sampai lagi ke Jengka dan fans di sana memang tak menghampakan.




Amacam Jengka? Repeat di Kuala Terengganu Jumaat ini?
Phewwiitt..
May15
Gua sampai Jengka tadi pukul 5 petang, terus pergi meet & greet dengan Celcom’s subscribers. Nak berhenti makan ikan patin tempoyak kat Temerloh tapi hajat tak kesampaian.. Lain kali agaknya.
Lain perasaan bila sampai di Jengka ni. Selalunya, bila sampai sesuatu venue concert memang ada rasa letih dan nak relaks, tapi di Jengka ni, gua rasa energetic sikit. Excited semacam untuk performance malam esok. Gua dapat rasa momentum SEARCH is peaking and Jengka better be ready. Sound and lights design arrangement pun dah mature and has very much improved from Seberang Jaya dan JB.
Bagi yang dekat-dekat (KL tu kira dekatlah..less than 2 hours drive), datang lah ke Jengka. Don’t miss the opportunity nak enjoy the great experience, and may be a surprise..
Jengka…. are you readyyyyyy….??? Phewwiitt..
May14
Walaupun baru dua venue konsert ni berjalan, sambutan dari lu orang memang hebat. Review kat paper dan di internet memang memberangsangkan. Panggilan telefon, SMS dan e-mail yang aku terima rata-rata gembira dan memuji. Banyak yang cakap tak puas. Honestly, SEARCH amat menghargai sokongan lu orang. Bagi yang belum puas, pastikan lu orang tak ketinggalan untuk konsert kemuncak di Kuala Lumpur nanti! Makanya..
Semalam masa meeting dengan production team AIAW, aku dah agree untuk offer diskaun tiket-tiket konsert Kuala Lumpur dengan promosi berikut:
Promosi Berbaloi Berganda
Lu orang boleh dapat diskaun 20% untuk tiket Kuala Lumpur bila lu beli tiket konsert venue lain-lain. Contohnya, bila lu beli 2 tiket konsert Kuala Terengganu, lu boleh beli jugak 2 tiket konsert KL dengan diskaun 20%.
Promosi Early Bird
Tiket konsert KL juga boleh dibeli dengan diskaun 10% untuk early birds. Tawaran ini hanya sah sehingga 31 Mei 2009.
Jangan lepaskan peluang keemasan lagi berbaloi ni beb.. Phewwiitt..
May11
Concert Johor Bahru is just the second venue of our tour. It is very meaningful for SEARCH. This is where it all started.
And the crowd in JB is fantabuloustic. Gua & band really had fun on stage. Lu orang nyanyi dari start sampai habis. Macam tak puas kita orang malam tu. JB – you guys are truly amazing. Wa caya lu.. Lu orang really made JB live up to the reputation as the city of rock n roll.
Gua looking forward to the crowd di Jengka, Kuala Terengganu, Kangar, Kota Bharu, Kuching, Miri, Sandakan, Kota Kinabalu, Miri dan of course Kuala Lumpur to match the JB crowd – if not better.
Gambar-gambar untuk lu orang:





Phewwiitt..